Russell Crowe Akan Berlakon Dalam Filem Kraven The Hunter

Kraven mempunyai kuasa adi-kuat, adi-pantas, deria yang hebat seakan kucing hutan selepas mengambil jamu dari ahli sihir Voodo Calypso. Pada awal beliau adalah hero dipilih oleh Nick Fury, tetapi selepas hasutan adik tiri beliau Chameleon – beliau menjadi penjahat yang ganas. Sehinggakan pernah bertempur dengan Venom, Black Panther dan juga sudah semestinya Spider-Man.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Kraven the Hunter adalah antara filem solo musuh Spider-Man lain yang sedang dibangunkan oleh Sony. Ia mungkin akan berlaku dalam dunia Sony’s Spider-Man Universe sama dengan Venom, Morbius atau Dusk, Silk, Jackpot dan Spider-Woman.

Filem ini sudah pun disahkan, di mana Aaron Taylor-Johnson akan memainkan watak Kraven. Beliau sebelum ini adalah Pietro Maximoff dalam MCU. Baru-baru ini, Russell Crowe telah disahkan akan menjadi salah seorang pelakon dalam filem ini juga.

Walaupun tidak didedahkan lagi apakah watak yang akan beliau bawakan, sumber menyatakan majoriti pelakon yang telah disenaraikan adalah antara keluarga Kraven. Filem ini akan diarahkan oleh J.C. Chandor dengan skrip daripada Art Marcum, Matt Holloway dan Richard Wenk.

Sohor Kini