Olivia Wilde adalah seorang pelakon/pengarah yang mana mula popular selepas siri TV House, memainkan watak Thirtheen. Beliau juga pernah mengarah filem seram dan teater di Broadway. Terkini, menurut Deadline Olivia Wilde sudah menandatangani perjanjian dengan Sony untuk mengarah filem Marvel dalam dunia Sony.
Walaupun tidak diumumkan apakah filem yang beliau akan arah, khabar angin menyatakan yang filem tersebut adalah Spider-Woman. Beliau turut menciap semula ciapan berita Dari Deadline dengan emoji labah-labah. Filem ini akan ditulis oleh Katie Silberman dan diterbit oleh Amy Pascal, manakala Rachel O’Connor akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Watak Spider-Woman adalah alter ego kepada watak seperti Gwen Stacy, Mary Janer Watson dan juga Jessica Drew dalam komik sejak 1970-an lagi. Tetapi menurut laporan, Olivia Wilde akan menggunakan idea beliau sepenuhnya dan besar kemungkinan banyak akan diubah. Filem ini adalah salah satu filem lain dalam dunia Spider-Verse wanita seperi Jackpot, Madame Web diumumkan sebelum ini. Sony turut dilaporkan sedang menghasilkan filem Black Cat dan Silver Sable.