Sony mempunyai dunia Spider-Man mereka yang tersendiri, seperti filem Venom dan akan datang adalah Morbius serta sekuel Venom. Sony turut dilaporkan sedang mengembangkan lagi dunia Spider-Man ini dengan memfokuskan kepada watak-watak Spider-Man wanita dari komik seperti Spider-Woman, Jackpot, Madame Web, Black Cat dan Silver Sable.
Terkini, Sony dilihat turut akan hadir dengan siri TV memfokuskan watak Silk. Silk dalam komik bernama Cindy Moon, iaitu seorang wanita kacukan korea-amerika. Cindy sekelas dengan Peter Parker, dan seperti Peter – Cindy turut digigit oleh labah-labag radioaktif dan memperoleh kuasa Spider-Man. Beliau turut mempunyai Spidey-Sense tersendiri yang dikenali sebagai Silk Sense. Dalam filem Spider-Man: Homecoming watak Cindy ini dimainkan oleh Tiffany Espensen.
Untuk siri TV ini, ia adalah versi aksi nyata yang mana masih tidak tahu sama ada adakah ia akan dimainkan okeh Tiffany Espensen ataupun tidak. Sony sedang berbincang dengan Lauren Moon untuk menulis skrip, manakala penerbit eksekutif adalah Phil Lord dan Chris Miller (Spider-Man Into The Spider-Verse) bersama-sama dengan bekas ketua Sony Pictures Entertainment – Amy Pascal.
Pada tahun 2018, Variety ada melaporkan yang Sony sedang membangunkan filem solo Silk yang mana mungkin akan dikaitkan dengan Spider-Man Into The Spider-Verse. Silk juga mungkin akan ada rentas-siri/rentas-dunia dengan watak Spider-Gwen dan Spider-Woman. Kemudian, menurut Comicbook.com – siri TV ini mungkin akan menjadi eksklusif untuk siaran di Amazon Prime Video