Kraven The Hunter adalah antara filem solo musuh Spider-Man lain yang sedang dibangunkan oleh Sony. Filem ini dikatakan akan berada dalam dunia Sony Pictures Universe of Marvel Characters (SPUMC), sama seperti Venom, Morbius atau juga Dusk, Silk, Jackpot dan Spider-Woman yang diarahkan oleh Olivia Wilde – yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Kraven mempunyai kuasa adi-kuat, adi-pantas, deria yang hebat seakan kucing hutan selepas mengambil jamu dari ahli sihir Voodo Calypso. Pada awal beliau adalah hero dipilih oleh Nick Fury, tetapi selepas hasutan adik tiri beliau Chameleon – beliau menjadi penjahat yang ganas. Sehinggakan pernah bertempur dengan Venom, Black Panther dan juga sudah semestinya Spider-Man. Laporan sebelum ini mendakwa yang Sony berminat dengan Keanu Reeves. Tetapi harapan itu berubah, kerana pelakon watak ini telah dipilih.

Aaron Taylor-Johnson adalah pelakon tersebut. Beliau dipilih selepas wakil studio melihat aksi Aaron dalam set penggambaran Bullet Train. Filem tersebut watak utama adalah Brad Pitt dan Aaron adalah antara watak penting lain. Selepas itu, Aaron terus dicadangkan kepada pengarah Kraven The HunterJ.C. Chandor dan perjanjian diikat.

Aaron Taylor-Johnson adalah pelakon yang diminati peminat filem-filem MCU kerana watak Quick Silver yang beliau bawakan. Tetapi nampaknya Ralph Bohner mungkin berpeluang menjadi Quick Silver dalam MCU, jadi Aaron boleh menjadi watak lain dalam dunia Spider-Man Sony.

Sohor Kini