Skip to main content

Kita tahu yang IP Marvel Spider-Man adalah milik Sony. Kita juga tahu Sony dan Disney (Marvel) tidak mempunyai kata sepatah. Disebabkan itu bertahun lamanya filem-filem MCU tiada watak Spider-Man. Hanya pada tahun 2016 dalam filem Captain America: Civil War baru watak ini muncul. Disebabkan itu Sony bersungguh-sungguh cuba membina satu dunia Marvel mereka sendiri, iaitu Spider-Man Universe atau dunia Spider-Man.

Filem pertama adalah Venom, kemudian akan datang adalah Morbius dan turut kedengaran adalah sekuel – Venom 2. Morbius adalah antara yang pertama yang jelas kelihatan sedikit kaitan dengan MCU, seperti penggunaan semula watak The Vulture lakonan Michael Keaton. Menurut khabar angin, Spider-Man hanya ada lagi dua filem sahaja untuk MCU – kemudian watak ini akan muncul dalam dunianya yang tersendiri sahaja. Kini, menurut Deadline – Sony sedang mengembangkan lagi dunia Spider-Man dengan merancang untuk hadir dengan filem Jackpot pula.

Jackpot adalah wirawati yang bernama Sarah Ehret. Beliau mempunyai kuasa adi-kuat, yang diterima melalui pendedahan kepada virus “Lot 777” ketika sedang membuat terapi gen sambil mengandung. Selepas melahirkan anak yang sihat, baru beliau sedar yang beliau memiliki kuasa. Secara tidak langsung beliau menjadi Jackpot dan menentang kejahatan. Disebabkan penat dan banyak tanggungjawab, Ehret menyerahkan kostum dan nama Jackpot kepada sahabat – Alana Jobson. Tetapi Alana mati ketika memburu Menace dan disebebkan rasa bersalah, Ehret kembali menjadi Jackpot.

Sony telah melantik Marc Guggenheim untuk menulis skrip filem Jackpot. Marc turut mempunyai pengalaman menulis beberapa episod untuk komik. Selain itu beliau turut dikreditkan untuk komik Aquaman, Amazing Spider-Man dan Superman/Batman. Seperti biasa, penulisan skrip adalah fasa pertama. Sony kemudian perlu menilai draf pertama, Marc perlu membuat draf baharu dan barulah proses mencari pelakon. Jadi, bila filem ini akan ditayangkan? Masih awal lagi untuk memperoleh informasi ini. Tetapi ini adalah satu perkara yang baik untuk Sony dalam mengembangkan dunia Spider-Man.

Leave a Reply