The CW akan hadir dengan siri aksi nyata Powerpuff, yang diadaptasi daripada siri animasi popular Powerpuff Girls. Siri animasi ini popular disiarkan di saluran Cartoon Network. Ia mengisahkan seorang profesor yang tidak sengaja menghasilkan tiga manusia “kanak-kanak” perempuan yang memiliki kuasa adiwira dan mempunyai musuh utama monyet.

Siri aksi nyata ini akan memperlihatkan satu iterasi mereka di masa hadapan, iaitu sudah dewasa dalam usia 20-an. Pelakon bagi watak-watak adiiwra ini adalah Chloe Bennet sebagai Blossom, Dove Cameron sebagai Bubbles dan Yana Perrault sebagai Buttercup. Dukacita dimaklumkan, atas masalah penjadualan Chloe Bennet dilaporkan menarik diri daripada projek ini sebagai Blossom.

Jadual bercanggah ini mungkin berlaku kerana siri TV ini melalui proses penggambaran semula. Antara spekulasinya adalah skrip yang tertiris di arena web. Apa pun, projek siri TV ini masih tidak dibatalkan. Dave Cameron dan Yana Perrault masih lagi kekal memainkan watak Bubbles dan Buttercup. Pengganti watak Blossom buat masa ini masih belum diumumkan lagi, sementara Nicholas Podany sebagai Mojo JoJo dan Donald Faison kekal sebagai Professor Utonium.

Sohor Kini