Siri animasi popular Powerpuff Girls akan diadaptasi menjadi siri TV aksi nyata oleh The CW. Siri ini akan memfokuskan Blossom, Bubbles dan Buttercup yag sudah dewasa dan kesal sepanjang zaman kanak-kanak mereka, mereka tidak hidup seperti kanak-kanak lain. Kini mereka dalam dilema sama ada ingin terus menjadi wirawati atau teruskan kehidupan sebagai orang dewasa.

Blossom dengan sifat seorang pemimpin, Bubbles seakan seorang pemangkin media sosial yang mengejar populariti serta Buttercup yang ganas tetapi cuba lupakan kisah silam. Baru-baru ini, Variety umumkan pelakon bagi bapa/pencipta Powerpuff Girls iaitu Professor Utonium yang akan dilakonkan oleh Donald Faison. Watak Professor Utonium dalam siri ini dikatakan mempunyai krisis sudah semakin tua, tetapi unik, penuh dengan keyakinan, dan sedikit narsisistik. Beliau dalam siri ini ingin memulihkan hubungan bersama-sama anak-anak ciptaan beliau.

Donald terkenal dengan sitkom Scrubs, siri TV Emergence dan Generation Q serta filem seperti Clueless dan Remember the Titans.

Judul rasmi siri ini juga telah diubah sebagai Powerpuff.

Sohor Kini