Deadline telah melaporkan yang episod pertama untuk siri TV aksi nyata untuk Powerpuff Girls akan dihasilkan semula. Di media sosial telah terdapat beberapa perkongsian yang mengatakan skrip untuk episod pertama telah tertiris, jadi tidak pasti jika perkembangan terbaru ini berkait ataupun tidak dengan perkara tersebut.

Senarai pelakon iaitu Chloe Bennet sebagai Blossom, Dove Cameron sebagai Bubbles dan Yana Perrault sebagai Buttercup akan terus kekal termasuk juga penulis dan pengarah. Kebiasaan episod pertama ataupun ‘Pilot’ akan dihasilkan sebelum syarikat produksi menentukan sama ada ia akan menerima episod tambahan ataupun tidak. Oleh itu, masih tidak disahkan lagi jika siri ini akan menerima musim penuh.

Siri ‘Powerpuff’ ini sekurang-kurangnya menerima nasib yang lebih baik berbanding siri TV sampingan Black Lightning iaitu Painkiller yang melalui laporan yang sama, ia telah dibatalkan oleh The CW sebelum menerima musim pertama lagi.

Sohor Kini