Skip to main content

Siri animasi popular Cartoon Network Powerpuff Girls, akan diadaptasi menjadi siri aksi nyata mengisahkan semua watak di kehidupan dewasa masing-masing. Siri TV ini digelar sebagai Powerpuff sahaja dan telah menemui barisan pelakonnya.

Chloe Bennet sebagai Blossom dan Donald Faison sebagai Professor Utonium. Terkini, pelakon bagi watak penjahat popular siri animasi ini – Mojo JoJo telah menemui pelakonnya – Nicholas Podany. Mojo JoJo adalah seekor monyet kejam yang benci pasukan Powerpuff dan juga Professor Utonium. Pelakon ini adalah Nicholas Podany. Tidak pasti sama ada ia akan menjadi CGI, kostum, atau lain-lain?

Berbeza dengan animasi, Mojo JoJo siri ini digelar sebagai Joseph “Jojo” Mondel Jr. Beliau adalah seorang yang skema dan gila kuasa dan obses terhadap Powerpuff kerana dianiaya Professor Utonium. Apa-apa pun, ia kelihatan semakin “The CW” – sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply