Stranger Things adalah siri TV seram sains fiksyen Netflix Original yang amat popular. Ia memfokuskan kepada watak Eleven, Mike, Will, Dustin, Lucas, Jim Hopper dan ramai lagi di bandar Hawkins. Bandar yang dilanda peristiwa mengerikan, kerana dimensi lain telah dibuka oleh organisasi jahat.

Siri TV ini sudah mempunyai tiga musim dan musim keempat akan tiba tidak lama lagi. Sempena minggu Netflix Geeked, pada hari ketiga (hari ini) mereka mengumumkan prekuel kepada musim ketiga – Rebel Robin: Surviving Hawkins. Ia adalah satu cerita sampingan kepada watak Robin Buckley yang memainkan peranan penting dalam musim ketiga.

Rebel Robin: Surviving Hawkins adalah podcast audio dengan alih suara daripada pelakon watak itu sendiri, Maya Hawke. Podcast ini adalah berdasarkan novel Stranger Things oleh A.R. Capetta dengan judul Stranger Things: Rebel Robin. Podcast ini akan disiarkan pada 29 Jun 2021, melalui Spotify, Apple Podcast, dan banyak lagi platform lain.

Sohor Kini