Sehingga hari ini, filem animasi adiwira kegemaran saya adalah Spider-Man: Into The Spider-Verse dan filem ini juga adalah antara filem animasi yang berulang kali saya tonton. Filem ini akan menggunakan rekaan animasi baharu, Robot Spider-Man “Leopardon”, Spider-Man Jepun tahun 1978 dan ia sudah pun mula dibangunkan sejak tahun lepas.

Filem pertama diarahkan oleh Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman, tetapi filem kedua trio pengarah adalah Joaquim Dos SantosKemp Powers, dan Justin K. Thompson. Joaquim adalah individu yang terlibat dengan animasi Avatar: The Last AirbenderThe Legend of Korra, dan Justice League Unlimited, Kemp pula baru-baru ini terlibat dengan filem animasi Disney Soul dan Justin sebelum ini adalah pereka grafik untuk filem pertama dan juga penerbit rekaan francais filem Cloudy with a Chance of Meatballs.

Phil Lord dan Chris Miller aka kembali sebagai penulis skrip bersama-sama dengan David Callaham yang juga adalah salah seorang daripada penulis skrip Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Semua yang dipilih ini adalah yang berbakat. Dengan gaya dan rekaan animasi filem pertama gila gempak sehingga Sony mempatenkannya – filem kedua ini pasti akan lebih menarik. Dengan melibatkan rentas-masa dan pelbagai watak Spider-Man dunia berbeza, ia pasti akan menjadi filem Fan Service untuk semua peminat.

Sohor Kini