Skip to main content

Spider-Man Into The Spider-Verse adalah filem animasi Spider-Man terbaik yang pernah kami tonton. Saya sendiri sudah menontonnya sekitar 4 kali dan masih berpuas hati dengan jalan cerita, kreativiti, gaya animasi, dan paling penting petanda-petanda lucu untuk sekuel dan meme mereka. Filem ini juga adalah yang pertama yang menggunakan teknik animasi tersendiri yang turut dipatenkan. Teknik animasi ini menggabubngkan animasi 3D, 2D, komik dan beberapa elemen lain lagi.

Terkini penerbit bagi filem animasi ini iaitu Christopher Miller, telah memberi kemaskini mengenai sekuelnya. Menurut beliau, sekuel Spider-Man Into The Spider-Verse akan menggunakan teknik animasi baru yang lebih hebat dan dahsyat. Secara tidak langsung menjadikan filem pertama kelihatan aneh. Sayang sekali tiada sebarang tangkapan skrin dari filem tersebut yang dikongsi. Apa yang penting, filem ini berkemungkinan sekali akan menjadi hebat sepertimana filem pertama menarik perhatian orang ramai.

Filem ini dijangka tiba pada tahun 2022, tidak pasti lagi sama ada ia akan diawalkan atau akan ditunda. Apa yang pasti ia akan berlaku beberapa tahun selepas filem pertama dan akan ada banyak penampilan khas dari pelbagai dunia Spider-Man termasuk yang klasik dari Jepun. Sama-sama kita nantikan kemaskini.

Leave a Reply