Spider-Man: Into The Spider-Verse boleh dikatakan filem Spider-Man yang paling diminati ramai kerana corak animasinya yang menarik dan jalan cerita yang sangat menyeronokkan.

Filem sekuelnya, Into The Spider-Verse 2 sebelum ini telah disahkan akan ditayangkan pada bulan April 2022, tetapi ditangguhkan ke Oktober 2022 akibat wabak COVID-19 yang masih lagi sedang membelenggu dunia.

Nick Kondo, seorang juru-animasi yang berada didalam pasukan animasi Into The Spider-Verse sebelum ini telah mengeluarkan sebuah ciapan semalam bahawa ia adalah hari pertama beliau memulakan kerja untuk sekuel tersebut.

Ini boleh diinterpretasi sebagai kerja pembangunan Into The Spider-Verse 2 sudahpun bermula dan akan ditayangkan pada tarikh yang disahkan sebelum ini.

Tidak banyak yang diketahui mengenai jalan cerita Into The Spider-Verse 2, tetapi berdasarkan laporan kami sebelum ini, watak utamanya masih lagi Miles Morales, dan akan hadir dengan penampilan cameo sekurang-kurangnya oleh robot gergasi Leopardon daripada siri televisyen aksi nyata Spider-Man yang keluar di Jepun.

Sohor Kini