Informasi Permainan Video Terkini
Spider-Man Jepun Tahun 1978 Disahkan Akan Masuk Ke Dalam Spider-Man Into The Spider-Verse 2

Spider-Man Jepun Tahun 1978 Disahkan Akan Masuk Ke Dalam Spider-Man Into The Spider-Verse 2

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Sekuel Spider-Man Into The Spider-Verse akan ditayangkan pada tahun 2022. Menurut laporan sebelum ini, ia akan berlaku dua tahun selepas filem yang pertama. Bukan itu sahaja, filem spin-off yang berkemungkinan akan memfokuskan watak Gwen juga akan dilaporkan akan dihasilkan.

Terkini, laporan menarik dan pelik telah tiba mengenai filem animasi hebat ini. Watak Spider-Man Jepun dari siri TV pada tahun 1978 disahkan akan tiba dalam filem ini. Saya katakan filem ini adalah filem animasi hebat kerana, ianya benar. Ia adalah antara filem animasi paling hebat sehinggakan Sony mempatenkan bentuk animasi ini. Berbalik kepada Spider-Man versi Jepun ini, ia hanya menggunakan nama Spider-Man sahaja. Segala asal-usul adalah tersendiri, seperti Spider-Man ini bukannya Miles Morales atau Peter Parker – sebaliknya adalah seorang penunggang motosikal Takuya Yamashiro. Spider-Man ini juga adalah pelik, kerana kuasanya adalah dari UFO dan diterima dari spesis Marveller. Spider-Man ini turut boleh berubah menjadi robot besar seakan Ultraman.

Siri TV Spider-Man Jepun ini dihasilkan oleh Toei, iaitu syarikat yang bertanggungjawab dengan siri animasi klasik seperti; Sailor Moon, Digimon dan Dragon Ball. Ini bukan pertama kali Spider-Man memperkenalkan watak pelik, dalam filem Spider-Man Into The Spider-Verse – watak Spider-Man dari animasi klasik yang popular dengan meme turut muncul. Adakah Spider-Man Jepun akan menjadi watak utama atau penting? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN