Skip to main content

Umum sedia maklum yang filem sekuel Spider-Man Into The Spider-Verse sedang dihasilkan. Salah satu watak Spider-Man yang akan diperkenalkan dalam sekuel ini adalah, penunggang motosikal Takuya Yamashiro. Beliau adalah Spider-Man untuk siri TV tahun 1978 yang dihasilkan oleh Toei.

Terkini, penerbit filem animasi hebat Spider-Verse Christopher Miller telah mengicau yang Leopardon akan muncul dalam filem sekuel ini. Siapakah Leopardon? Ia adalah robot besar yang digunakan oleh Takuya untuk menumpaskan musuh. Ya, mengarut tiada dalam komik langsung. Tetapi, bagi mereka yang mengikuti siri TV Spider-Man 1978 pasti akan gembira dengan kemunculan Leopardon. Adakah robot ini menjadi adiwira atau main peranan penting dalam sekuel? Masih tiada informasi lagi.

Harapnya, sekuel ini kelak akan kekal menarik dan hebat seperti filem pertama. Filem sekuel ini bertempatkan dua tahun selepas apa yang terjadi dalam filem pertama. Siapa tahu, dalam masa dua tahun ini Miles Morales telah mengasah bakat dan menjadi Spider-Man lebih hebat? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply