Semasa Hari Pelabur Disney, pelbagai siri TV dan filem Star Wars diumumkan. Di antaranya adalah Star Wars Obi-Wan Kenobi – iaitu siri Disney+ yang berlaku 10 tahun selepas kejadian di dalam Revenge of the Sith. Lebih menarik, Ewan McGregor akan kembali berlakon sebagai Obi-Wan Kenobi dan Hayden Christensen sebagai Darth Vader.

Siri TV ini dilihat masih lagi dalam proses penggambaran awal. Ada juga laporan yang Liam Neeson berminat untuk kembali berlakon sebagai Master Qui-Gon Jinn. Terkini, menurut Deadline Indira Varma telah dipilih untuk berlakon dalam siri TV sampingan Star Wars memfokuskan watak Obi-Wan Kenobi. Perwatakn beliau dilihat sesuai dengan watak Duchess Satine dari siri animasi The Clone Wars. Siri TV ini akan diarahkan oleh Deborah Chow, yang mana terlibat dengan musim pertama The Mandalorian. Musim pertama siri ini ternyata hebat, jadi mungkin siri Obi-Wan juga akan ada pelbagai kejutan?

Bagi yang tidak tahu, Indira Varma adalah pelakon dalam siri TV Game of Thrones. Selama empat tahun beliau memainkan watak Ellaria Sand. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini