Semalam semasa acara D23 2019, siri TV Obi-Wan telah diumumkan. Ia akan disiarkan di Disney+ dan Ewan McGregor akan kekal melakonkan watak Obi-Wan Kenobi. Tetapi menjadi persoalan adalah, bila dan di manakah siri TV Obi-Wan ini mengambil tempat?

Acara D23 2019 hari ini, Lucasfilm telah berkongsi garis masa rasmi buat semua filem, siri TV dan animasi Star Wars. Siri TV Obi-Wan disahkan berlaku pada masa di antara filem Solo berlaku. Apa yang menarik dengan garis masa rasmi ini adalah, ia dibahagikan kepada tiga era; Age of Republic, Age of Rebellion dan Age of Resistance.
Kita juga sudah tahu di mana siri TV The Mandalorian berlaku. Ia berlaku di era Age of Rebellion, iaitu selepas filem Star Wars: Return of the Jedi dan sebelum Star Wars: The Force Awaken di era Age of Resistance.