Skip to main content

Tahun lepas di acara D23 Expo, siri TV sampingan Obi-Wan Kenobi telah diumumkan. Menariknya, Ewan McGregor akan kembali beraksi sebagai watak ini. Seperti The Mandalorian, siri TV Obi-Wan Kenobi juga adalah eksklusif untuk platform penstriman Disney+. Garis masa siri TV ini berlaku di antara filem Solo.

Dukacita dimaklumkan yang siri TV ini akan ditangguhkan. Laporan mengatakan yang rakaman hanya akan bermula pada Januari 2021. Jadi ada kemungkinan besar kita hanya akan dapat tonton pada tahun 2022 atau jika bernasib baik hujung tahun 2021. Terdapat pelbagai laporan berbeza mengenai isu, kenapa siri TV ini ditangguhkan. Antaranya, ada masalah skrip – yang mana terdapat dua skrip berbeza dan kedua-duanya terpaksa dilupakan. Kemudian, rancangan awal ingin hadir dengan enam episod juga dilaporkan akan diubah menjadi empat episod sahaja.

Sumber turut menjelaskan yang siri TV Obi-Wan Kenobi akan mempunyai format yang sama seperti The Mandalorian, yang mana Obi-Wan perlu pergi lokasi ke lokasi dan melindungi Luke Skywalker (versi muda). Siri TV ini akan diarahkan oleh Deborah Chow, iaitu pengarah yang bertanggungjawab mengarah dua episod siri TV The Mandalorian. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut akan datang.

Leave a Reply