Skip to main content

Pada acara D23 Expo awal pagi tadi (masa Malaysia), terdapat berita baik buat peminat Star Wars. Ini kerana Disney akan menghasilkan siri TV khas mengenai Obi-Wan Kenobi untuk Disney+.

Apa yang lebih menarik adalah, Ewan McGregor akan kembali melakonkan watak Obi-Wan. Tiada sinopsis, garis masa dan tarikh bilakah ia akan disiarkan. Tetapi agak menarik untuk melihat lebih banyak kandungan Star Wars tiba ke Disney+. Secara tidak langsung menjadikan Disney+ sebagai platform penstriman yang berbaloi untuk dimiliki, lebih-lebih lagi peminat Star Wars.

Siri TV Star Wars pertama buat Disney+ adalah The Mandalorian dan video acahnya baru sahaja diterbitkan di acar D23.

Leave a Reply