Disney hari ini menganjurkan ‘Hari Pelabur’ untuk studio mereka dan telah melakukan pelbagai pengumuman mengenai perancangan kandungan bagi tahun-tahun depan. Satu judul yang tampaknya menerima pelbagai pengumuman adalah Star Wars.
Mereka telah mengumumkan pelbagai projek iaitu siri TV ataupun filem berdasarkan IP oleh Lucas Film tersebut. Berikut adalah antara yang diumumkan;
- Star Wars Rangers of the New Republic – Siri Disney+ yang akan berlaku di latar masa yang sama dengan The Mandalorian
- Star Wars Ahsoka – Siri Disney+ yang memfokuskan watak Ahsoka lakonan Rosario Dawson, turut berlaku di latar masa sama dengan The Mandalorian
- Star Wars Andor – Siri Disney+ berdasarkan watak Cassian Andor daripada filem Rogue One akan tiba di Disney+ pada tahun 2022.
- Star Wars Obi-Wan Kenobi – Siri Disney+ yang berlaku 10 tahun selepas kejadian di dalam Revenge of the Sith, Ewan McGregor akan menjadi Obi-Wan Kenobi dan Hayden Christensen sebagai Darth Vader.
- Star Wars: The Bad Batch – Siri Animasi oleh Lucasfilm Animation untuk Disney+
- Star Wars: Vission – Siri filem animasi pendek Star Wars yang akan dihasilkan oleh pereka anime terkenal. Tiba di Disney+ pada tahun 2021.
- Star Wars: Lando – Siri Disney+ berdasarkan watak Lando Calrissian. Ia akan dihasilkan oleh Justin Simien.
- Star Wars: The Acolyte – Siri Disney+ Thriller yang akan memfokuskan kepada kemunculan kuasa jahat pada pengakhiran era High Republic.
- Star Wars: A Droid Story – Siri animasi yang dibangunkan oleh LucasFilm Animation, ia akan menyertakan hero baharu bersama dengan R2-D2 dan C-3PO.
- Filem Star Wars tidak berjudul sedang dibangunkan oleh Taika Waititi
- Star Wars: Rogue Squadron – Filem baharu yang akan dibangunkan oleh Patty Jenkins dijangka tiba pada tahun 2023.
Ini sudah semestinya pengumuman yang menarik bagi peminat-peminat Star Wars, tetapi dengan kebanyakan yang diumumkan adalah untuk Disney+, penonton di Malaysia kena berharaplah perkhidmatan tersebut akan ditawarkan secara rasmi di sini kelak.