Skip to main content

Bulan Disember tahun lepas, Disney mengumumkan beberapa siri TV dan filem baharu Star Wars. Antaranya akan disiarkan di Disney+ dan antara yang menarik perhatian ramai adalah siri TV Star Wars: Obi-Wan Kenobi.

Siri Disney+ ini berlaku 10 tahun selepas kejadian di dalam Revenge of the Sith dan Ewan McGregor akan kembali menjadi Obi-Wan Kenobi serta Hayden Christensen kembali sebagai Darth Vader. Dalam temuramah Collider bersama Liam Neeson, beliau ditanya jika ingin kembali semula beraksi dalam siri Star Wars, beliau menjawab ya.

Beliau pernah beraksi dalam filem Star Wars: Episode I – The Phantom Menace sebagai Master Qui-Gon Jinn bersama-sama dengan Obi-Wan lakonan Ewan McGregor. Jadi tidak dinafikan ini akan menjadi satu tarikan memuaskan kepada peminat untuk melihat watak-watak lama kembali beraksi.

Harapnya Disney akan mengambil kembali Liam Neeson kembali dalam dunia Star Wars. Mana tahu kuasa Force Speed akan dapat dikembalikan? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply