Skip to main content

Sesi TCA, iaitu Television Critics Association sedang berlangsung. Banyak perkembangan mengenai siri-siri TV Amerika Syarikat akan dibincangkan. Antaranya termasuklah Disney/Marvel Studios yang sedang sibuk dengan pembangunan perkembangan dunia MCU yang lebih besar di Disney+.

Hari ini, Kevin Feige telah berkongsi sedikit perkembangan mengenai masa hadapan siri TV MCU.

1. Durasi Siri TV

Durasi setiap siri TV MCU di Disney+ akan terhad kepada 6 jam sahaja. Sama ada satu jam satu episod seperti Tha Falcon and the Winter Soldier, atau 30 minit satu episod seperti WandaVision

2. Bila Produksi Siri TV Lain Bermula?

Siri TV Ms. Marvel akan tamat penggambaran dalam masa terdekat. Dalam tempoh beberapa minggu kelak She-Hulk akan memulakan penggambaran dan hanya selepas itu barulah siri TV Moon Knight akan dimulakan.

3. Semua Siri TV Boleh Ada Musim Baharu

Kevin Feige tidak menafikan yang setiap siri TV boleh diperbaharui dengan musim kedua. Semua siri TV yang masih dalam pembangunan, sedang dilihat dan dirancang jika boleh dikembangkan ke beberapa musim.

4. Tiada Filem Ganas Lain Selain Deadpool 3

Seperti yang saya laporkan sebentar tadi, Kevin Feige tiada perancangan lain untuk hadir dengan filem ganas seperti Deadpool. Buat masa ini filem dengan gaya ini terhad kepada Deadpool sahaja. Tetapi jika ada filem lain yang boleh dijadikan ganas seperti Deadpool, mereka terbuka untuk berbincang.

Ini bermakna masa hadapan filem Blade masih tidak pasti jika ia mempunyai pengkadaran R atau untuk tontonan umum.

5. Nasib Watak-Watak Marvel Dari Siri TV Netflix

Memandangkan Disney kini menguruskan semua siri TV Marvel, Daredevil, Jessica Jones dan Luke Cage menjadi kerisauan. Menurut Kevin, ada khabar angin benar ada juga yang tidak benar. Mungkin Charlie Cox berlakon dalam Spider-Man 3 benar?

Watak Agents of S.H.I.E.L.D pula masih dikira sebagai watak dalam dunia MCU. Malah menurut salah seorang wakil produksi siri TV ini, penggunaan S.W.O.R.D sudah diketahui sejak siri TV ini berlangsung tetapi Disney melarang nama itu digunakan. Kevin gembira Agent Coulson lakonan Clerk Gregg juga telah kembali dalam filem Captain Marvel. Tetapi untuk watak lain dalam siri TV atau filem lain – masih tiada perancangan lagi. Tetapi mungkin akan datang.

6. Sebab Satu Episod Disiarkan Setiap Minggu

Walaupun Kevin Feige tidak mendedahkan jumlah tontonan setiap episod siri TV WandaVision, beliau mengesahkan yang siri TV ini menerima maklum balas yang positif. Lihat sahaja di mana-mana laman web, Twitter, forum, Reddit – semua menghangatkan siri TV ini. Betapa gempak, misteri dan hebat.

Siri-siri TV ini sengaja disampaikan seminggu satu episod kerana ingin memberikan perasaan tidak sabar. Menjadi tertanya-tanya setiap episod yang tergantung, membuatkan orang berbual dan sebagainya. Ia akan mempunyai pengalaman seakan menonton filem MCU, pengakhiran atau adegan rahsia yang menimbulkan persoalan.

7. Peminat Tidak Perlu Risau Dengan Kesinambungan Antara Siri TV Dan Filem

Akhirnya, Kevin Feige telah memberi maklum balas dan menenangkan hati peminat mengenai kesinambungan antara siri TV dan filem. Seperti yang saya beritahu dalam artikel Kenapa MCU Fasa Ke-4 Akan Mengecewakan? Peminat yang tidak menonton mungkin tidak akan faham dengan filem.

Nampaknya, Kevin Feige memahami setiap jenis peminat. Menurut beliau, sudah semestinya filem Dr. Strange 2 nanti penting untuk penonton WandaVision. Tetapi bukan semua orang mampu langgan Disney+ dan menghabiskan masa untuk tonton siri TV. Jadi filem Dr. Strange 2 tidak akan mengelirukan peminat yang tidak menonton siri TV.

Ini bermakna, kita boleh ada harapan positif untuk filem akan datang.


WandaVision akan tamat pada 5 Mac, selepas itu pada 9 Mac Falcon and The Winter Soldier akan disiarkan diikuti dengan Loki pada 11 JunHawkeyeMs. Marvel dan siri animasi What If…? Kemudian di pawagam sedang menunggu giliran tayangan adalah Black Widow pada 7 MeiShang-Chi and the Legend of the Ten Rings pada 9 JulaiEternals 5 November kelak dan Spider-Man: No Way Home pada 17 Disember.

Leave a Reply