Semalam, tiga pelakon utama filem Spider-man iaitu Tom Holland, Jacob Batalon dan juga Zendaya telah berkongsi pelbagai judul berlainan untuk filem ketiga Spider-man iaitu Phone Home, Home Wrecker dan juga Home Slice.

Hari ini, Marvel telah mengumumkan yang judul rasmi untuk filem ketiga adalah No Way Home. Memberi satu penanda yang agak besar bagi kami yang filem ketiga Spider-man ini akan berkait dengan multi-verse. Mungkinkah, Peter Parker memasuki dimensi lain dan tidak dapat mencari jalan pulang?

Mereka juga mengesahkan yang filem ini akan ditayangkan pada 17 Disember 2021, melainkan pandemik Covid-19 mempunyai perancangan lain.

Sohor Kini