Marvel Cinematic Universe (MCU) adalah francais filem terbesar dunia dan antara yang berjaya dalam membina dunia kesinambungan tersendiri. MCU bermula pada tahun 2008 dengan filem Iron Man. Ia berterusan selama 11 tahun, melalui tiga fasa dengan 23 jumlah filem. Selepas Avengers: Endgame, Spider-Man: Far From Home menamatkan fasa ketiga MCU. MCU yang kita kenal sudah tamat pada tahun 2019, kini sudah 2021 di mana fasa keempat akan bermula.
Fasa keempat dikatakan adalah fasa dunia MCU terbesar. Banyak perkara menarik yang akan memuaskan peminat komik dan peminat francais filem ditawarkan oleh Disney dan Marvel. Antara yang orang ramai tidak sabar adalah dengan kemasukan francais Fantastic Four dan X-Men ke dalam dunia MCU. Walaupun itu kedengaran menarik, pada hemat saya – MCU fasa keempat akan mengecewakan orang ramai. Kenapa?
MCU Fasa keempat bermula pada tahun ini. Malah, ia baru sahaja bermula pada beberapa minggu lepas (ketika artikel ini ditulis) dengan siri TV Disney+ – WandaVision. Akhirnya selepas sekian lama peminat nantikan siri TV yang terus berkait rapat dengan francais filem, Disney memperkenalkannya secara rasmi. Selama ini, Disney seakan tidak hiraukan langsung siri TV yang sudah tiba seperti Agents of S.H.I.E.L.D, francais Marvel di Netflix atau Hulu.
Walaupun ada kaitan sedikit demi sedikit, seperti keratan surat khabar, klip berita, petanda yang disebut oleh watak-watak dalam siri TV dan banyak lagi. Disney tidak begitu pandang berat terhadap francais siri TV yang tidak berada di bawah Marvel Studios.
Komitmen Yang Melecehkan
Dengan kini memegang hak banyak watak, memegang hak-hak Marvel dari Fox dan sudah kembali rapat dengan Sony untuk Spider-Man dan banyak lagi strategi Disney lakukan untuk memuaskan peminat francais MCU.
Strategi Disney kini berbeza, sangat jauh berbeza dengan sebelum ini. Kini, semua siri TV yang ada di Disney+ berkaitan dengan MCU ada kaitan rapat secara terus dengan filem-filem MCU fasa keempat. Contoh, kita mulakan dengan WandasVision. Siri TV ini akan berkait secara terus dengan filem ketiga Spider-Man dan juga sekuel Dr. Strange. Jarak masa antara kesemua ini adalah sangat jauh – WandaVision disiarkan dari Januari sehingga Mac, Spider-Man 3 mungkin Disember 2021 dan Dr. Strange 2 pula akan ditayangkan pada Mac 2022.
Ini menambahkan komitmen kepada para peminat, dengan perlu melanggan platfrom penstriman Disney+ – iaitu lokasi ekslusif semua siaran siri TV MCU fasa keempat. Komitmen pertama adalah kewangan, harga langganan platform ini adakah sekitar RM29 sebulan atau lebih kurang RM295 untuk setahun. Ia memang lebih murah dari Netflix, tetapi kandungan yang ditawarkan hanyalah dari Disney dan beberapa dari Fox. Kemudian komitmen masa, di mana satu episod siri TV disiarkan seminggu sekali dan jarak masa antara siri TV lain adalah agak lama.
Kesinambungan Yang Lebih Memeningkan
Okay, memang masih awal MCU fasa keempat ini. Ketika artikel ini ditulis WandaVision baru sahaja episod keempat – tetapi usah risau. Setiap siri TV baharu yang mula disiarkan nanti akan ada sahaja kaitan dengan artikel ini. Pertama, siri TV WandaVision, Loki, watak penjahat filem Ant-Man 3 mula memberi petanda kemunculan watak-watak X-Men dan Fantastic Four.
Anak kembar Wanda dalam WandaVision adalah Tommy dan Billy, iaitu nama singkatan bagi Thomas dan William dalam komik. Dua kembar ini ada kaitan rapat dengan Mutant yang mana selama ini dalam MCU, Marvel tidak dibenarkan menggunakan perkataan ini. Dalam Avengers: Age of Ultron pun mereka gunakan perkataan Enhanced. Watak Kang The Conqueror iaitu penjahat utama Ant-Man 3 ada kaitan rapat dengan Fantastic Four.
Lihat di sini sahaja sudah pening. Ia tidak terhenti di situ, Kang The Conqueror dijangka akan menjadi penjahat utama MCU Fasa Keempat menggantikan Thanos.
Membina Kehangatan Yang Boleh Menyebabkan Kekecewaan
Tidak dinafikan, kolaborasi Disney/Marvel dan Sony untuk watak Spider-Man berjaya. Ia menyebakan sikap tamak sehingga watak ini terancam dan pernah dikatakan akan berhenti begitu sahaja. Sony secara perlahan sedang membina dunia Spider-Man mereka sendiri. Lihat sahaja video acah Morbius yang ada penampikan watak Michael Keaton yang muncul dalam filem MCU Spider-Man: Homecoming.
Mungkin di sini hanya antara Sony dan Disney sahaja. Tetapi dengan berita tertiris mengenai Spider-Man 3, tidak pasti Sony atau Disney mereka membina Hype atau kehangatan yang agak gila membuatkan orang tidak berhenti berbual mengenai penampilan pekakon-pelakon lama filem Spider-Man lain. Takuk kelak, penampilan ini hnaya beberapa saat atau hanya mengitar semula klip dari filem lama.
Kemudian dengan mula memperkenalkan rentas-dunia, akan lebih banyak watak muncul dan membuatkan orang tidak sabar menantikan watak A. Tetapi Marvel putarkan jalan cerita watak A digantikan dengan watak B. Penggunaan rentas-dunia bermakna mereka boleh lakukan apa jua perkara atau apa ua kesilapan dan perbaiki dalam dimensi lain atau dunia lain.
Sudah semestinya perkara ini akan mengecewakan.
Kemunculan Watak Yang Hanya Dikenali Pengikut Siri TV
Seperti yang saya katakan tadi, MCU ada siri TV dari studio lain seperti Agents of S.H.I.E.L.D yang memfokuskan kisah kehidupan semula selepas Phil Coulson mati dalam filem Avengers pertama. Ada juga siri TV Netflix yang memfokuskan adiwira jalanan di bandar besar Amerika Syarikat yang menentang jenayah kecil seperti gangster.
Dengan pengenalan rentas dunia, watak-watak kegemaran peminat siri TV boleh dikembalikan dalam siri TV Disney+ dan kemudian dalam filem besar seakan Avengers Endgame barulah watak-watak ini muncul.
Bagaimana kalau peminat itu hanya yang jenis mengikuti perkembangan filem sahaja? Pasti mereka akan keliru, pening dan tidak faham.
Paling teruk, Disney kembalikan watak yang peminat tidak inginkan pun. Ramai mengharapkan Disney kembalikan watak Daisy Johnson a.k.a Quake lakonana Chloe Bennet, ada juga ingin lihat Phil Coulson kembali beraksi lakonan Clark Gregg – beliau kini adalah sejenis Android jadi akan sentiasa hidup. Tetapi bagaimana jika Dinsey tidak hiraukan permintaan peminat dan hanay mengacah-acah sahaja?
Setakat ini hanya kedengaran Charlie Coxx akan kembali sebagai Matt Murdock dalam filem Spider-Man 3. Charlie Coxx adalah pelakon dalam siri TV Daredevil, memainkan watak Daredevil dan Matt Murdock. Beliau dilaporkan telah selesai penggambaran untuk Spider-Man 3. Watak beliau adalah peguam adiwira di siang hari dan adiwira di waktu malam. Adakah hubungan rapat Spider-Man dan Daredevil yang terkenal dalam komik diadaptasi ke aksi nyata?
Fasa Ke-4 Yang Masih Tiada Penamat
Fasa keempat ini terlampau besar sehingga Kevin Feigi katakan penamat untuk fasa ini masih tidak dapat disahkan lagi. Dari 25 rancangan yang Disney/Marvel ingin tawarkan baru satu sahaja yang disiarkan – WandaVision.
Berikut adalah senarai;
Filem
Black Widow (2021)
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)
Eternals (2021)
Spider-Man 3 (2021)
Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022)
Thor: Love and Thunder (2022)
Black Panther II (2022)
Captain Marvel 2 (2022)
Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2023)
Ant-Man and the Wasp: Quantumania (Tiada Masa Ditetapkan)
Blade (Tiada Masa Ditetapkan)
Fantastic Four (Tiada Masa Ditetapkan)
Siri TV
WandaVision (2021)
The Falcon and the Winter Soldier (2021)
Loki (2021)
What If…? (2021)
Ms. Marvel (2021)
Hawkeye (2021)
Moon Knight (2022)
She-Hulk (2022)
Secret Invasion (Tiada Masa Ditetapkan)
Ironheart (Tiada Masa Ditetapkan)
Armor Wars (Tiada Masa Ditetapkan)
I Am Groot (Tiada Masa Ditetapkan)
Siri TV Khas
The Guardians of the Galaxy Holiday Special (2022)
Sebelum ini tiga fasa mempunyai 23 filem. Ini baru sahaja satu fasa baharu, iaitu fasa keempat sudah ada 25 rancangan. Ada khabar katakan ia mungkin akan dipecahkan kepada fasa-fasa lain. Tetapi masih tiada pengesahan.
Dengan terlampau banyak kandungan, kesilapan seperti skrip yang terlampau tergesa-gesa boleh berlaku. Ia boleh menjadikan sesuatu perkara berlaku dengan tidak konsisten. Apabila terlampau banyak, informasi sukar untuk dimuatkan dan banyak kekeliruan boeh timbul yang akhirnya membawa ke arah kecaman dan kekecewaan.
Rentas-Masa Dan Rentas-Dunia Cara Mengelak Dari Kesalahan
Seperti yang saya katakan tadi, dengan pengenalan penggunaan rentas-masa dalam Ant-Man dan Endgame, serta rentas dunia dalam WandaVision, Spider-Man 3 dan Dr. Strange 2 – dinsey boleh melakukan banyak kesilapan dengan sengaja kerana ingin mengegaskan produksi rancangan mereka. Jika dikecam, rentas-dunia sahaja untuk tukar watak, matikan watak atau rentas-masa untuk memulakan semula.
Tidak dinafikan yang perkara ini menarik. Banyak pengembaraan boleh berlaku dan banayk watak lakin atau watak baru boleh didahkan atau diperkenalkan. Malah, turut boleh menggunakan dua kaedah ini untuk memperkenalkan watak-watan Mutant dan Fantastic Four.
Strategi Dinsey Yang Jelas Sekali “Cash Grab”
Disney adalah syarikat yang kaya, wang mereka ada banyak dan sekali lagi saya katakan Disney boleh lakukan apa sahaja. Dengan pengenalan Disney+, Disney sengaja siarkan satu episod seminggu agar pengguna setia melanggan dan kekal menjadi pelanggan untuk menantikan kehadiran episod baharu atau siri TV baharu.
WandaVision dua episod pertama, hampir sukar untuk faham dan petanda yang diberikan adalah amat sedikit. Hanya episod keempat mula menjadi puncak dan menarik.
Bukan itu sahaja, Disney juga boleh siarkan kandungan yang mungkin tidak diminta peminat dan peminat tidak ingin tahu pun – dan cuba sedaya upaya kaitkan dengan dunia MCU. Lihat apa jadi dengan filem Solo untuk Star Wars. Pelik. Pelik sekali.
Apa yang Disney boleh lakukan di sini adalah dengan menawarkan harga langganan yang mampu milik. Semasa saya melanggan, Play Store memaparkan harga RM29 sebulan dan RM295 setahun. Ini memang murah dari Netflix, kerana tidak terhad dengan apa jua kualiti penstriman. Netflix tawarkan RM17 untuk peranti mudah alih dan RM57 untuk premium.
Netflix di India bermula dari sekitar RM11-RM44, Netflix Indonesia pula adalah sekitar RM16-RM54 yang mana mendekati harga Malaysia. Dinsey+ di India dan Indonesia adalah di bawah Hotstar yang mana harga langganan adalah sekitar RM22-RM83 di India, RM11-RM57 di Indonesia. Jadi di sini, kita boleh harapkan yang harga di Malaysia adalah lebih kurang dengan harga Indonesia. Di Malaysia juga Disney+ adalah di bawah Hotstar.
Mungkin harga sekitar RM19-RM59? Harapnya Disney menghormati perasaan peminat dan tidak hanya memikirkan cash grab untuk mengambil kesempatan sambil mengaut keuntungan.
Kesimpulan
Apa yang Disney dan Marvel boleh lakukan untuk menggembirakan semua kategori peminat adalah dengan menawarkan filem dengan jalan cerita yang ringan dengan hanya klu atau petanda/kaitan dengan siri TV yang ringan sahaja. Ini bermakna, kalau tidak tonton siri TV pun jalan cerita filem masih boleh kekal mudah faham.
Disney juga perlu pandai bermain dengan garis masa dan rentas-masa selepas memperkenalkan Kang The Conqueror. Bagi yang tidak tahu Kang, adakah penjahat yang pakar dengan rentas-masa. Dalam Loki, ada klu mengenai Council of Kang. Marvel tidak boleh membabi buta sahaja dan perlu berhati-hati dengan setiap butiran.
Lebih menarik, dengan ada siri TV ini – Disney boleh menjelaskan atau menceritakan segala plot hole atau sekurang-kurangnya beri sedikit petanda mengenai kaitan antara siri TV dengan filem.
Jadi adakah anda bersetju dengan pendapat kami? Adakah anda akan kekal menjadi peminat/pengikut filem sahaja, atau siri TV sahaja atau kedua-duanya sekali? Buat masa ini saya cuba menikmati WandaVision melalui VPN dan langganan melalui akaun Google Amerika Syarikat. Kelak jika ia sudah tiba di Malaysia, adakah anda akan mealnggan atau tunggu banayk siri TV MCU tiba baru anda langgan?