Semasa HBO Max dilancarkan, mereka dikatakan akan hadir dengan banyak siri TV dengan bajet dan kualiti penggambaran seakan filem. Antara syarikat produksi terlibat adalah Bad Robots, iaitu syarikat J.J. Abrams. J.J. Abrams juga dikhabarkan akan mengendalikan dunia Justice League Dark untuk HBO Max, di mana akan mempunyai banyak siri TV memfokuskan watak-watak DC yang seram, ngeri atau “gelap”.

Antara watak “gelap” komik DC adalah John Constantine, Swamp Thing, Madame Xanadu, Deadman, Andrew Bennett, Zatanna dan Frankenstein. Julai tahun lepas, kedengaran yang J.J. Abrams akan hadir dengan filem aksi nyata baharu Constantine, tetapi berita semalam menyatakan yang ianya adalah siri TV dan John Constantine dalam siri TV ini adalah pelakon baru kerana mereka ingin menggunakan pelakon bukan berkulit putih.

Swamp Thing sudah pun disiarkan di HBO Max, yang mana sebelum ini di bawah platform penstriman DC Universe. Ia tamat dengan satu musim sahaja, dengan permulaan Justice League Dark ini – Swamp Thing boleh sahaja dikembalikan atau jika tidak dikaitkan begitu sahaja. Madame Xanadu juga sudah muncul dalam siri TV ini. Siri TV Constantine baharu ini boleh menjadi permulaan dunia gelap DC untuk HBO Max.

Dengan HBO Max sedang memfokuskan kepada siri TV DC lain seperti Peacemaker dan tahun sifar bandar Gotham, dunia siri TV DC boleh dikembangkan lagi. Warner Bros. juga telah mengesahkan kewujudan rentas dunia atau konsep Multiverse dalam “dunia” filem/siri TV mereka. Jadi tiada masalah untuk watak John Constantine baharu ini bertembung dengan watak-watak siri TV DC lain.

Sohor Kini