Skip to main content

HBO Max adalah platform penstriman video dari Warner Media yang dilancarkan pada hari ini di Amerika Syarikat. Platform ini dikatakan adalah antara yang terbesar kerana Warner Media memegang banyak hak kandungan dari pelbagai studio dan saluran, tidak kira animasi, siri TV atau juga filem.

Terkini, menurut laporan dari Business Insider – HBO Max akan mengeluarkan bajet yang besar untuk penggambaran siri TV. Menariknya, mereka mengatakan yang dengan bajet yang besar, kualiti sesebuah siri TV juga akan mempunyai kualiti setaraf dengan filem. Mereka bandingkan bajet mereka dengan The CW, yang menghasilkan banyak siri TV DC untuk dunia Arrowverse. Bajet besar mereka ini juga dikatakan mempunyai nilai yang tinggi yang sama dengan projek bersama JJ Abrams.

Siri TV pertama dengan bajet besar ini akan bermula dengan Green Lantern, yang mana akan banyak menggunakan kesan khas – kerana Green Lantern adalah watak yang banyak melibatkan adegan di angkasa lepas. Jadi, skala Green Lantern juga adalah berkali ganda besar dengan siri TV Arrowverse.

Tambahan Kevin Reilly lagi, iaitu eksekutif untuk HBO Max – walaupun siri TV DC Universe ada banyak dan berkait (Titans, Swamp Thing, Doom Patrol) – hanya Doom Patrol sahaja akan disiarkan di kedua-dua platform HBO Max dan DC Universe.

Leave a Reply