Skip to main content

Constantine adalah komik seram, fantasi, misteri, magis dari DC. Ia telah diadaptasi menjadi filem dengan lakonan Keanu Reeves dan siri TV lakonan Matt Ryan. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, J.J. Abrams akan hadir dengan versi Constantine tersendiri dan ada khabar menyatakan pengarah filem asal Francis Lawrence berminat untuk kembali hadir dengan sekuel bersama dengan Keanu.

Terkini, nampaknya versi aksi nyata baharu Constantine ini bukannya sekuel file, atau sekuel siri TV. Sebaliknya adalah satu olahan baharu yang lebih memfokuskan keagamaan dan elemen seram dalam dunia komik Constantine. Menurut sumber, siri TV ini adalah untuk HBO Max dan akan dihasilkan oleh studio J.J. Abrams – Bad Robot Productions. Siri TV ini akan ditulis oleh Guy Bolton, iaitu seorang penulis novel dan juga penulis filem/siri TV baharu.

Pelakon John Constantine bagi siri TV ini, bukan lagi Keanu Reeves atau Matt Ryan. Sebaliknya, HBO Max ingin mencari seorang pelakon BIPOC. Ini adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Pengarah juga tidak pasti, adakah Francis Lawrence atau orang lain. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut siri TV ini.

Leave a Reply