Video acah pertama filem The Batman telah pun diterbitkan semalam. Ia adalah filem baharu Batman yang mana Robert Pattinson adalah Bruce Wayne/Batman dan filem ini diarahkan oleh Matt Reeves. Banyak yang Matt Reeves kongsi ketika DC FanDome dan ia dilihat yang DC ada masa hadapan yang cerah melalui filem ini. Percaya atau tidak, yang filem The Batman ini adalah lain daripada yang lain dan ia adalah versi Batman paling gempak.

Filem The Batman ini berlaku di masa silam, yang mana adalah tahun kedua Bruce Wayne menjadi Batman. Jadi kebanyakan penjenayah dalam filem ini belum lagi menjadi bentuk penuh dan baru sahaja menjadi musuh Batman. Bukan itu sahaja, bandar Gotham dalam filem ini juga jauh berbeza – yang mana penglibatan korupsi dari kalangan polis dan politik jelas kelihatan. Pada hemat saya, filem ini dilihat seakan siri TV Gotham – yang mana adalah prekuel untuk Batman. Jika siri TV Gotham itu tidak berjaya apa yang ingin disampaikan – versi filem ini mungkin lebih jelas.

Jangan salah faham atau keliru. Filem ini berlaku di dalam dunia tersendiri, bermakna jauh berbeza dengan Joker (Joaquin Phoenix), filem-filem DCEU lain atau juga siri TV. Malah, dunia Batman ini akan lebih besar kerana Matt Reeves merancang untuk hadir dengan siri TV memfokuskan bandar Gotham di mana adalah tahun sifar – (filem The Batman tahun 2). Jadi ia akan fokus kepada pembangunan watak penjenayah, bagaimana masyarakat boleh menerima konsep vigilante, pihak berkuasa yang memakan rasuah dan banyak lagi. Matt reeves turut ingin hadir dengan filem-filem prekuel lain.

Filem The Batman ini berbeza dengan filem-filem Batman lain, kerana Bruce Wayne dalam filem ini cuba melawan rasa takut pada diri dan luahkan dengan menjadi Batman. Niat Matt adalah untuk penonton rasa apakah perasaan Batman. Disebabkan Batman masih baru lagi, jadi penonton turut akan lihat tingkah laku yang salah dari beliau.

Bukan itu sahaja, inspirasi bagi menjayakan filem ini adalah berdasarkan tahun 1970-an. Sebuah filem jenayah, penyiasatan, bunuh-membunuh yang rasa seperti dalam dunia nyata. Ia boleh berlaku dalam dunia nyata, yang mana Batman tiada kuasa luar biasa, tiada kebolehan di luar jangkaan manusia – jadi ia adalah konsep di mana manusia akan melakukan kesilapan. Filem ini menggunakan elemen seakan filem klasik Chinatown dan Taxi Driver. Jadi, filem ini adalah fasa di mana penonton dapat saksikan bagaimana Bruce Wayne sedang berubah menjadi Batman.

Seperti yang dikatakan di perenggan awal tadi, penjenayah dalam filem in belum lagi dalam bentuk penuh mereka. Idea Matt Reeves dalam membina watak penjenayah ini berbeza seperti apa yang Christopher Nolan lakukan. Contoh, filem The Dark Knight – idea Nolan adalah kehadiran Batman ini membuatkan penjenayah seperti Joker tertarik dengannya. Tetapi dalam filem The Batman, idea Matt adalah Batman yang menyebabkan penjenayah-penjenayah ini menjadi diri mereka.

Kita akan lihat pengembaraan Selina Kyle menjadi Catwoman, seorang gangster tempatan seperti Oswald Cobblepot yang benci orang menggelar beliau sebagai The Penguin dan masih belum menjadi ketua gangster, serta The Riddler yang baru sahaja muncul entah dari mana. Menurut Matt Reeves, The Riddler dalam filem ini akan membuatkan penonton rasa terkejut. Watak Carmine Falcon juga masih tidak jelas, bagaimana beliau boleh terlibat dengan Bat,an. Ada kemungkinan juga kita akan lihat kemunculan Courts of Owl – iaitu organisasi jahat yang mengawal bagaimana bandar Gotham berfungsi.

Bandar Gotham dalam filem ini akan menceritakan sejarah korupsi yang berlaku. Ia juga adalah pandangan berbeza dari pelbagai bandar Gotham lain yang pernah muncul dalam siri TV atau filem. Menurut Matt, ia adalah seakan bandar di Amerika Syarikat yang tiada sesiapa pernah jejaki. Versi Tim Burton adalah yang kreatif, pelik dan nampak elemen teater, versi Nolan pula adalah gabungan Chicago dan Pittsburgh – tetapi filem The Batman membuat penggambaran di Liverpool untuk bandar Gotham. Ini kerana di sana banyak senibina Gothik. Ia adalah seakan gabungan versi Tim Burton dan Nolan.

Batman adalah seorang “detektif” yang menyiasat kes jenayah dan membantu pihak polis kerana tidak percaya yang sistem keadilan berfungsi dengan baik. Jadi beliau langgar segala undang-undang dan menjadi vigilante bagi menghentikan jenayah. Kita tahu yang Batman ada pegangan tersendiri – atau kod nilai diri yang mana tidak akan membunuh. Tetapi aksi ganas dalam video ini mencadangkan sesuatu yang berbeza.

Filem ini akan ditayangkan pada tahun hadapan. Buat masa ini, filem ini baru siap 25%-30% sahaja dan kelak pasti akan ada lagi video acah untuk memberi lagi informasi mengenai filem ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini