Skip to main content

Siri TV Westworld, filem The Cloverfield Paradox, Mission Impossible: Fallout, Star Wars: The Last Jedi dan banyak lagi adalah filem yang diterbit oleh J.J. Abrams. Ia menarik dan hebat, mungkin tidak akan digemari oleh semua orang – tetapi ada sahaja peminat yang gemari apa yang beliau lakukan. Terkini, beliau akan hadir dengan satu lagi filem baru – yang mungkin ramai telah nantikan.

Filem ini berkemungkinan besar adalah Contantine. Ya, filem DC yang mengisahkan seorang yang bijak dalam ilmu sihir dan menentang segala jin dan setan. Pada tahun 2005 filemnya hadir di pawagam dengan lakonan Keanu Reeves sebagai John Constantine dan 2014 siri TV dunia Arrowverse hadir dengan satu musim lakonan oleh Matt Ryan. Ia adalah sebuah cerita yang menarik dan berbeza dari cerita seram buru ahli sihir, makhluk halus, setan dan sebagainya. Ia mempunyai rencah yang tersendiri.

Tidak pasti lagi sama ada filem ini adalah filem DCEU atau satu filem tersendiri seperti Joker. Laporan menyatakan yang J.J. Abrams menerbit filem ini sudah kedengaran lama, cuma tidak pasti bila. Adakah Keanu Reeves akan kembali atau mereka menggunakan bakat Matt Ryans ke dunia filem pula?

Leave a Reply