Cristiano Ronaldo Diumumkan Sebagai Watak Untuk Free Fire

Garena minggu ini telah mengumumkan yang Cristiano Ronaldo akan menjadi duta untuk permainan battle royale mereka Free Fire.

Bersama dengan kerjasama ini mereka mengumumkan Operation Chrono yang antaranya akan menyertakan watak Chrono iaitu watak berdasarkan Cristiano Ronaldo sendiri.

Maklumat lanjut mengenai Operation Chrono akan dikongsi dari semasa ke semasa melalui laman khas ataupun mengakses-nya di dalam permainan. Acara ini akan bermula secara rasmi pada 13 Disember 2020.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini