Skip to main content

Musim pertama untuk Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL) Malaysia diteruskan dengan peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada 24 Mei sehingga 26 Mei 2024 di Sunway Velocity. Pertandingan ini akan memperlihatkan 8 pasukan untuk merebut hadiah terkumpul $20 ribu.

8 pasukan yang terlibat peringkat kalah mati ini adalah HomeBois Syndicate, JP Niners, Barracuda Beta dan TODAK Legion iaitu 4 pasukan terbaik daripada Affiliated Conference manakala Red Riot, DX Originz, Miracle Gaming dan Penang Academy merupakan 4 pasukan terbaik daripada Challenger Conference.

Peringkat kalah mati akan bermula dengan peringkat suku akhir yang akan dipertandingkan secara Bo3 berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung:

  • HomeBois Syndicate lwn Penang Academy
  • Barracuda Beta lwn DX Originz
  • JP Niners lwn Miracle Gaming
  • TODAK Legion lwn Red Riot

Pemenang peringkat Suku Akhir akan layak ke peringkat Separuh Akhir dan bertanding dengan format Bo5 diikuti Peringkat Akhir dengan format Bo7.

Red Riot selaku juara untuk Challenger Conference telah melayakkan diri Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia Musim 14, manakala DX Originz yang berada di tempat kedua akan bertemu dengan Barracuda Esports untuk merebut slot ke MPL Malaysia Musim 14 pada 26 Mei ini.

Leave a Reply