Capcom telah mengumumkan yang Monster Hunter Stories akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC pada 14 Jun 2024. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Monster Hunter Stories merupakan permainan JRPG berdasarkan siri popular Monster Hunter dan menyertakan sistem pertempuran mengikut turutan. Ia pertama kali dilancarkan untuk Nintendo 3DS pada tahun 2017, sebelum dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia juga disertakan bersama dengan langganan Apple Arcade.

Selain itu, mereka juga mengumumkan permainan susulan iaitu Monster Hunter Stories 2 yang dilancarkan untuk Nintendo Switch dan PC pada tahun 2021, akan turut dilancarkan untuk PlayStation 4 pada tarikh yang sama.

Sohor Kini