Level Infinite telah mengumumkan yang Honor of Kings iaitu permainan MOBA untuk peranti mudah alih akan dilancarkan secara global pada 20 Jun 2024. Versi lain bagi permainan ini iaitu Arena of Valor sudah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa termasuk juga Malaysia, selain itu pemain di Malaysia juga sudah boleh memuat turun Honor of Kings.

Bagi benua yang permainan ini masih tidak dilancarkan, sesi pra-pendaftaran kini dibuka untuk berpeluang mendapatkan pelbagai ganjaran. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini. Manakala di benua yang permainan ini sudah dilancarkan, termasuk juga Malaysia, pada 31 Mei boleh menyertai cabutan bertuah untuk memenangi kostum, Starstones dan juga Diamons untuk kesemua yang menyertainya.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang kejohanan Invitational Musim 2 akan berlangsung pada 29 Jun di Kuala Lumpur, pasukan-pasukan terbaik daripada serata dunia akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $300 ribu dan berpeluang untuk menyertai Honor of Kings Invitational Midseason yang berlangsung di Esports World Cup di Riyadh.

Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini