SEGA telah mengumumkan yang Super Monkey Ball Banana Rumble akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 25 Jun 2024. Selain itu, mereka juga berkongsi lanjut mengenai lapangan untuk pelbagai mod disertakan di dalam permainan ini.

Bagi mod Adventure akan terdapat 200 lapangan berbeza, ia juga akan menyertakan penceritaan dan memberi peluang kepada pemain untuk mengenali pelbagai watak yang akan tiba di dalam permainan ini.

Selain itu, terdapat juga mod multi-pemain iaitu Battle Mode yang menyokong sehingga 15 pemain, antara mod di dalamnya adalah Robot Smash, Ba-BOOM! dan Goal Rush.

Melalui mod Robot Smash, pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan dan akan mendapat markah dengan menghancurkan robot dengan pasukan yang mendapat markah tertinggi menang. Lapangan yang digunakan untuk mod ini adalah Treasure Colosseum.

Seterusnya pula Ba-BOOM! dengan pemain mesti mengelak daripada memegang bom semasa ia meletup, pemain juga boleh memaksa bom kepada pemain lain dengan mengejar mereka sebelum ia meletup. Lapangan yang digunakan untuk mod ini adalah Starlight Plaza.

Goal Rush juga akan membahagikan pemain kepada dua pasukan dan pemain perlu menjaringkan gol untuk mendapat markah. Pasukan dengan markah tertinggi akan menang, mod ini akan menggunakan lapangan Downhill Desert.

Pemain juga boleh menggunakan pelbagai power up untuk membantu di dalam mod Battle Mode ini antaranya adalah Banana Peel, Giant, Ice Beam dan Missile. Ia akan diturunkan secara rawak sepanjang sesi permainan.

Sohor Kini