Skip to main content

Chadwick Boseman adalah seorang pelakon yang hebat. Beliau terkenal dengan watak Black Panther atau T’Challa dalam filem solo Black Panther, Avengers dan banyak lagi filem MCU. Bulan Ogos lepas, dunia dikejutkan dengan berita kematian beliau akibat kanser kolon tahap empat.

Ramai yang sedih dan ramai juga yang risau apa akan jadi dengan watak Black Panther dalam filem kedua. Filem kedua dilaporkan akan memulakan penggambaran pada Julai tahun hadapan dan tiada CGI akan digunakan untuk “mengambalikan” watak wajah Chadwick Boseman dalam filem ini. Terkini di Disney+, filem Black Panther mula disiarkan. Sebagai tanda hormat kepada Chadwick Boseman dan juga ingin mengenang jasa beliau – video intro filem ini adalah wajah Chadwick Boseman sebagai T’Challa dan Black Panther. Jika tidak, biasanya video intro ini akan memfokuskan semua watak dalam filem-filem Marvel.

Leave a Reply