Pelakon hebat Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada Ogos lalu. Beliau adalah pelakon Black Panther dalam filem-filem MCU. Filem Black Panther 2 dijadualkan untuk ditayangkan pada 2022, tetapi ramai risau bagaimana filem ini akan diteruskan tanpa Chadwick Boseman?

THR melaporkan yang filem ini tetap akan diteruskan. Ia dikatakan akan memulakan penggambaran pada Julai 2021 dan akan berlangsung selama enam bulan. Ryan Cooglar akan kekal sebagai pengarah dan seorang pelakon Mexico, Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) akan menyertai filem ini sebagai watak antagonis. Letitia Wright, Lupita Nyong’o, Winston Duke dan Angela Bassett turut dilaporkan akan kekal memainkan peranan masing-masing.

Shuri (lakonan Letitia Wright) dikatakan akan membawakan peranan penting, mungkin watak utama dan Black Panther baru. Filem Black Panther 2 sudah disahkan yang tiada Chadwick Boseman versi CGI akan digunakan. Jadi masih tidak pasti lagi bagaimana Black Panther/T’Challa akan keluar dari filem dan/atau menyerahkan takhta kepada pengganti.

Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply