Pelakon Black Panther Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Dunia dikejutkan hari ini dengan kematian Chadwick Boseman yang merupakan pelakon yang membawakan watak adiwira Black Panther. Boseman (42) meninggal dunia di rumah akibat kanser kolon tahap empat yang dihidapi oleh beliau sejak 2016. Kematian diumumkan menerusi kesemua laman media rasmi milik mendiang.

Mendiang tidak pernah mengumumkan menghidap kanser secara umum. Antara filem terakhir yang dibintangi mendiang ialah Da 5 Bloods di Netflix dan 21 Bridges yang menerima sambutan positif dari penonton. Filem terakhir beliau Ma Rainey’s Black Bottom masih lagi di peringkat pasca produksi.

Sohor Kini