Lagi Video Acah Justice League Snyder Cut Diperlihatkan

Justice League adalah filem DC yang menarik. Ia sepatutnya diarahkan oleh Zack Snyder, tetapi atas sebab urusan keluarga – Joss Whedon mengambil alih. Bertahun lamanya ramai melakukan petisyen inginkan filem Justice League potongan pengarah asal Zack Snyder – akhirnya filem ini diumumkan dan akan disiarkan di HBO Max dan juga HBO Go pada tahun hadapan.

Zack Snyder baru-baru ini berkongsi video acah baharu. Seperti sebelum ini, video acah ini juga dalam bentuk 4:3 memberi petanda filem ini akan disiarkan begitu. Keseluruhan video acah ini kelihatan sama sahaja, hanya ada sedikit klip baharu. Ia memperlihatkan Hippolyta dari Wonder Womna, Batmobile beraksi, beberapa klip memfokuskan Cyborg dan juga klip Aquaman. Tiada butiran jelas bagaimana filem ini akan berlaku.

Filem ini turut melalui beberapa penggambaran semula seperti Jared Leto kembali sebagai Joker, Batman akan ada adegan baharu, Superman dengan sut hitam, adegan memfokuskan Flash dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini