Jared Leto adalah pelakon yang memainkan watak Joker dalam filem Suicide Squad. Filem ini adalah filem yang berada dalam dunia DCEU dan berkait sedikit dengan filem Justice League dan lain-lain lagi. Tetapi filem Suicide Squad tidak begitu menarik sehinggakan ia menerima olahan semula/sekuel (soft reboot) daripada James Gunn. Watak Joker ini juga tidak muncul dalam filem Justice League kerana pelbagai isu yang timbul.

Terkini, Jared Leto dilaporkan akan kembali dalam filem DCEU – iaitu filem The Snyder Cut of Justice League. Jared Leto dikatakan terlibat dalam penggambaran semula filem ini bersama-sama dengan Ben Affleck, Ray Fisher dan Amber Heard. Ini bermakna, adegan Joker kelak bukannya menggunakan reja filem lama, tetapi adalah yang baru dan segar. Ini menimbulkan persoalan, berapa banyak lagi adegan/babak baru yang akan muncul dalam filem ini.
Filem ini akan disiarkan sebagai siri TV empat-episod di HBO Max pada tahun hadapan. Ia dikatakan akan mempunyai jumlah durasi sekitar 4 jam. Filem juga dikatakan tidak akan mengkreditkan Jon Berg, Geoff Johns dan Joss Whedon. Ini kerana filem ini lebih kepada olahan semula dan hanya merealisasikan idea kreatif Zack Snyder sahaja.