The Snyder Cut of Justice League adalah filem Justice League suntingan khas dari Zack Snyder. Ia adalah filem yang ramai inginkan kerana idea dan perspektif Zack sangat berbeza dengan filem akhir yang Joss Whedon hasilkan. Selepas bertahun menanti, filem ini disahkan akan disiarkan secara eksklusif di HBO Max dan semasa DC FanDome – video acah pertama telah diperlihatkan.

Video acah ini hanya cuba bermain-main dengan para peminat – kerana apa yang dipertontonkan adalah adegan-adegan yang tidak pernah kita lihat dalam filem sebelum ini. Terkini, ada berita menarik bagi pengguna di Malaysia. Filem ini akan disiarkan di HBO GO Asia, yang mana adalah platform penstriman HBO untuk pasaran Asia (termasuk Malaysia). Ini adalah sesuatu yang menggembirakan hati, kerana HBO Max terhad di beberapa negara sahaja.

Jadi, peminat DC dan Zack Snyder tidak perlu risau – kerana filem ini kelak akan dapat ditonton di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini