Minggu lepas, acara Level UP KL 2019 akhirnya tamat yang mana acara tersebut bukan sahaja memperlihatkan pelbagai pengumuman menarik seperti pembukaan studio pembangun permainan oleh Sony Interactive Entertainment dan Larian Studios, malah pelbagai reruai yang memaparkan permainan-permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan.

Bersempena dengan itu, MDEC juga tidak melepaskan peluang untuk sekali lagi mengadakan acara anugerah permainan terbaik sempena SEA Game Awards 2019 yang mana seperti tahun lepas, terdapat pelbagai permainan dari seluruh Asia Tenggara termasuklah permainan tempatan yang tersenarai.

Berikut adalah senarai pemenang untuk permainan terbaik mengikut kategori:

  • Anugerah Juri Besar : GigaBash oleh Passion Republic
  • Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat : Retrograde Arena oleh Freemergency
  • Anugerah Teknologi Terbaik : GigaBash oleh Passion Republic
  • Anugerah Seni Visual Terbaik : When The Past Was Around oleh Mojiken Studio
  • Anugerah Reka Permainan Terbaik : GigaBash oleh Passion Republic
  • Anugerah Audio Terbaik : VALZ oleh Klappanome
  • Anugerah Penceritaan Terbaik : DeLight oleh DreamTree Studio
  • Anugerah Inovasi Terbaik : Retrograde Arena oleh Freemergency
  • Anugerah Permainan Oleh Pelajar Terbaik : Ano: Journeys Through Tattoos oleh CtrID
  • Anugerah Pilihan Penonton : GigaBash oleh Passion Republic

Selain itu, ketika acara yang sama MDEC juga menyenaraikan pemenang untuk Digital Content Creators Challenge 2019 ataupun DiCE 2019 yang mana mereka membawa pulang RM50,000 untuk permainan yang sedia untuk dipasarkan. Berikut adalah senarai pemenang:

  • The Company Man oleh Forust Studio
  • Night Of The Unicycle of Weyrdworks Studio
  • Gold Go Castle oleh Lusolab Entertainment
  • Tap Master oleh Enidia
  • Cube Devour oleh WindRider Studio

Selain itu, MDEC juga menganjurkan acara SEA Game Jam dimana ianya merupakan satu acara yang meletakkan sebilangan pembangun untuk menghasilkan permainan selama 36 jam. Berikut adalah senarai pemenang bagi acara tersebut:

  • Tempat pertama – Pix It First oleh Pasukan M
  • Tempat Kedua – The Cocky Roach oleh Pasukan F
  • Tempat Ketiga – Paper Craft oleh Pasukan E

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat kesemua pemenang yang mana kami percaya melalui acara ini, ramai pembangun tempatan bukan sahaja diberi peluang untuk memasarkan permainan mereka secara global malah membuka mata kepada rakyat Malaysia berkenaan bakat-bakat yang terdapat di negara ini, terutamanya Passion Republic yang membawa pulang empat anugerah permainan terbaik.

Kami sebelum ini berkongsi berkenaan GigaBash iaitu permainan oleh pembangun tempatan Passion Republic yang bakal dilancarkan tahun hadapan, di mana informasi lanjut anda boleh ke artikel ini.

Sohor Kini