Bagi anda yang pernah bermain siri permainan Uncharted, anda pasti mengetahui berkenaan syarikat pembangun tempatan iaitu Passion Republic yang mana mereka terlibat dengan pembangunan permainan tersebut.

Terkini, bersempena dengan Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan baharu yang dipanggil GigaBash buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

GigaBash merupakan permainan arena pertempuran raksasa yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi dengan sokongan sehingga empat pemain serentak.

Bagi anda yang meminati filem seperti Godzilla ataupun Ultraman, anda pasti akan berminat dengna permainan ini yang mana ianya kelihatan sangat menarik sekali dengan bentuk permainan kemusnahan yang pasti akan membuatkan keadaan huru-hara.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya termasuklah tarikh pelancaran setelah ianya diumumkan secara rasmi kelak.

Sohor Kini