Informasi Permainan Video Terkini
Larian Studios Membuka Cawangan Di Malaysia – Akan Membangunkan Baldur’s Gate 3

Larian Studios Membuka Cawangan Di Malaysia – Akan Membangunkan Baldur’s Gate 3

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Larian Studio merupakan studio yang terkenal di kalangan pemain RPG terutama melalui siri permainan Divinity Original Sin. Hari ini, di acara Level Up KL mereka mengumumkan penumbuhan studio baharu di beberapa negara termasuk juga Malaysia.

Menariknya, mereka juga mengumumkan yang pembangunan Baldur’s Gate 3 yang diumumkan pada bulan Jun lepas akan melibatkan pasukan pembangun dari Larian Studio Malaysia. Meskipun begitu, dari segi kandungan mahupun pembangunan secara terperinci, mereka masih belum mengumumkannya.

Menurut Swen Vincke, buat masa ini lokasi studio masih belum lagi diumumkan dan mereka kini dalam perancangan untuk tingkatkan staf pembangun bermula sekitar 20 pekerja sehinggalah 50 pekerja menjelang tahun hadapan.

Ini adalah satu berita yang baik untuk industri pembangun permainan di Malaysia. Sebagai satu studio baharu, mereka juga sedang mencari pembangun-pembangun yang berminat untuk menyertai mereka.


TIPS & ULASAN