YB Tuan Gobind Singh Deo iaitu menteri komunikasi dan multimedia semasa majlis penutup untuk Level UP KL mengumumkan yang SIE Worldwide Studio yang menjadi rumah kepada pembangun untuk permainan parti pertama bagi PlayStation seperti Naughty Dog akan membuka studio pembangunan di Malaysia.

Studio yang akan dinamakan sebagai SIE Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd akan memberikan perkhidmatan untuk menghasilkan seni serta animasi bagi permainan-permainan SIE yang lain dan juga membangunkan permainan secara eksklusif untuk PlayStation.

Pengumuman tersebut turut diperhatikan oleh Shuhei Yoshida yang baru sahaja melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Worldwide Studios untuk memfokuskan perhubungan dengan pembangun permainan indie.

Dengan pembukaan studio seperti ini, Gobind Singh berharap dapat meningkatkan industri pembangunan permainan video di Malaysia. Ini merupakan satu lagi berita yang baik untuk industri permainan video di Malaysia, sebelum ini Larian Studios mengumumkan akan membuka cawangan mereka di Malaysia.

Sohor Kini