Sebelum ini, Rockstar Games berkongsi yang mana permainan Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan di PC pada 5 November 2019 ini dan mereka juga berkongsi spesifikasi yang pemain perlukan untuk bermain permainan tersebut.

Terkini, Rockstar Games akhirnya berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan permainan tersebut dimainkan dengan resolusi 4K dan 60FPS dengan beberapa pernaik-tarafan visual grafik permainan.

Seperti yang anda tonton video di atas, semestinya visual permainan Red Dead Redemption 2 kelihatan begitu menawan dengan resolusi 4K dengan pelbagai rekaan pemandangan dan lokasi bertemakan koboi yang sangat terperinci.

Dengan pelancaran permainan ini di PC, kami percaya ianya pasti akan terjual dengan lebih laku, di mana di konsol sahaja permainan tersebut telah pun diedarkan melebihi 23 juta salinan.

Kami sebelum ini juga telah pun berkongsi ulasan penuh permainan tersebut di mana anda boleh menonton dan membacanya di bawah.

Sohor Kini