Seperti diumumkan sebelum ini, Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 5 November 2019. Namun, mereka membuka pra-tempah bermula hari ini melalui Rockstar Game Launcher.

Melalui pra-tempah ini anda akan memperoleh pelbagai ganjaran termasuk dua permainan percuma. Bersama dengan perkara tersebut, mereka juga memperlihatkan spesifikasi yang diperlukan;

Keperluan Minima

CPU (AMD): FX-6300 atau lebih baik
CPU (Intel): i5-2500K atau lebih baik
RAM: 8 GB
GPU (AMD): Radeon R9 770 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GeForce GTX 770 atau lebih baik
Storan: 150 GB

Keperluan yang Dicadangkan

CPU (AMD): Ryzen 5 1500X atau lebih baik
CPU (Intel): i7-4770K atau lebih baik
RAM: 12 GB
GPU (AMD): Radeon RX 480 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GTX 1060 atau lebih baik
Storan: 150 GB

Kami boleh katakan yang spesifikasi diperlukan lebih rendah berbanding jangkaan kami, tetapi seperti di konsol, ia akan memerlukan ruangan storan yang agak besar. Jika anda berniat untuk memasang permainan ini di SSD, anda mungkin perlu melabur untuk mendapatkan SSD yang lebih mencukupi.

Sohor Kini