Melalui laporan pendapatan Take-Two, permainan Red Dead Redemption 2 yang dilancarkan tahun lepas mencapai hasil edaran sebanyak 23 juta salinan. Nilai ini merupakan nilai permainan yang diedarkan di kedai-kedai dan bukannya jumlah nilai yang terjual buat pelanggan.
Walaupun begitu, ianya merupakan satu kejayaan yang tinggi dimana pemrainan tersebut sebelum ini dilaporkan telah pun terjual sebanyak 17 juta salinan pada November lepas.
Menurut Take-Two, nilai tersebut juga melangkau jangkaan mereka dimana syarikat tersebut mencapai pendapatan sebanyak RM6.4 bilion berbanding jangkaan mereka yang hanya RM5.7 bilion. Take-Two juga menyatakan mereka memperoleh junmlah keuntungan melebihi RM1.4 bilion.
Walaupun begitu, sememangnya bukan permainan Red Dead Redemption 2 sahaja yang membawa keuntungan ini dimana permainan sukan seperti NBA 2k19 juga mendapat keuntungan yang tinggi dan telah terjual melebihi daripada permainan NBA 2k18 sebelum ini.
Sudah semestinya dengan tibanya Red Dead Online buat Red Dead Redemption 2, sudah pasti permainan tersebut bakal mendapat hasil jualan yang tinggi pada masa akan datang, seperti mana permainan Grand Theft Auto V sebelum ini. Walaupun begitu, Red Dead Redemption 2 tidak dilancarkan di PC dan hanya tiba di konsol sahaja. Kami percaya jika Rockstar Games membawanya ke PC, sudah pasti ianya bakal dijual dengan lebih banyak salinan.