Tampaknya keyakinan kami sebanyak 99.9% yang Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan untuk PC menjadi kenyataan apabila Rockstar hari ini mengumumkan secara rasmi yang Red Dead Redemption 2 akan tiba ke PC pada 5 November 2019 melalui Rockstar Game Launcher dan boleh di pra-tempah bermula 9 Oktober.
Setiap pra-tempah Red Dead Redemption 2 melalui Rockstar Game Launcher bermula 9 Oktober sehingga 22 Oktober, pemain boleh memilih 2 permainan percuma daripada senarai permainan di bawah;
- Grand Theft Auto III
- Grand Theft Auto: Vice City
- Grand Theft Auto: San Andreas
- Bully: Scholarship Edition
- L.A. Noire: The Complete Edition
- Max Payne 3: The Complete Edition
Pra-tempah melalui Rockstar Game Launcher juga akan menyertakan naik taraf percuma ke Premium Edition dan potongan harga sebanyak $20 (RM83) untuk Special Edition atau Ultimate Edition. Ganjaran lain yang diperoleh melalui pra-tempah tersebut adalah;
- Outlaw Survival Kit
- War Horse
- Treasure Map
- Cash Bonus
- 50 Gold Bars untuk Red Dead Online
Ia juga akan hadir di kedai dalam talian yang lain seperti Epic Games Store, Greenman Gaming, Humble Store dan boleh di pra-tempah bermula pada 23 Oktober 2019 yang akan menyertakan 50 Gold Bar untuk Red Dead Online sebagai ganjaran. Ia akan turut dilancarkan untuk Google Stadia pada hari pelancaran, manakala untuk Steam, ia boleh dibeli bermula sekitar Disember 2019.
Menurut Rockstar lagi versi PC akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan grafik serta penambahan untuk misi Bounty, Gang Hideout dan juga senjata.
Seperti versi konsol, versi PC juga akan menyertakan Red Dead Online secara percuma, pada tarikh yang sama permainan dikeluarkan.