Dengan pelancaran Death Stranding yang semakin hampir bulan November ini, hari ini Kojima Productions mempertontonkan video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan adegan sinematik khas.

Melaluinya, Kojima Productions memperlihatkan satu adegan CGI sinematik khas yang mana watak Sam Porter Bridges sedang dikejar oleh musuh disamping membawa pelbagai barangan, seperti mana di dalam video bentuk permainan yang dikongsikan sebelum ini.

Death Stranding merupakan permainan dunia terbuka oleh Kojima Productions dan ia bakal tiba 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.

Sohor Kini