Death Stranding menerima tarikh pengeluaran pada awal pagi tadi, bersamanya ia juga menyertakan video acah baharu yang memperlihatkan watak-watak dan juga bentuk permainan.
Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan secara rasmi yang Death Stranding akan dikeluarkan pada 8 November 2019. Permainan tersebut juga akan menerima 5 edisi berbeza iaitu 3 untuk fizikal dan 2 untuk digital.
Harga dan juga kandungan yang ditawarkan adalah seperti gambar di bawah;




Jika anda membuat pra-tempah, secara digital ataupun membeli edaran pertama versi fizikal, anda akan menerima 4 barangan di dalam permainan yang berwarna emas. Jadi edisi mana yang menjadi pilihan anda?


